Monday, 26 November 2012

Manfaat Kulit Bangkai.

    Bangkai haram dimakan. Bukan sahaja biatang yang mati tanpa disembelih dihukumkan (disebut) bangkai, tetapi binatang yang di sembelih dengan tidak menyebut nama Allah juga hukumnya sama seperti bangkai. Misalnya sembelihan orang bukan Islam dan sembelihan yang dilakukan bukan kerana Allah .Sembelihan seperti itu tidak boleh dimakan.

    Walaupun bangkai haram dimakan, kulitnya boleh diambil untuk kegunaan tertentu.Caranya ialah dengan menyamak kulit bangkai berkenaan terlebih dahulu. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW apabila baginda melihat beberapa orang sahabat sedang mengheret bangkai  haiwan untuk ditanam.

    Baginda SAW bersabda:
 "Alangkah baiknya kalau kamu ambil (gunakan) kulitnya."para sahabat menjawab:"sesungguhnya
 ini bangkai wahai Rasul.''Lantas baginda menjelaskan ."Ia (kulit bangkai tersebut) boleh disucikan dengan air dan daun salam.''Ia juga sebagaimana dinyatakan oleh  Rasulullah SAW, ''Apabila kulit bangkai dimasak maka sucilah ia.''

    Cara menyamak kulit binatang ialah dengan menghilangkan segala lendir yang melekat pada kulit .Lendiryang melekat pada kulit binatang tersebut boleh dihilangkan dengan menggunakan benda-benda yang kesat seperti daun-daun yang kesat, kertas pasir, kulit buah delima dan seumpamanya. Kulit bangkai yang telah dimasak boleh dijadikan hamparan ,bekas air,perhiasan dinding dan sebagainya.

Hukum Menghilangkan Najis.

     Hukum menghilangkan najis adalah wajib, terutamanya sebelum melakukan ibadah tertentu. cara-caranya bervariasi, bergantung pada jenis najis juga telah dijelaskan melalui ayat-ayat ai-Quran atau hadis-hadis sahih Rasulullah s.a.w.
     Secara umumnya,cara menyucikan najis ialah dengan menghilangkan bau rasa dan warna sesuatu najis itu.  Berikut dinyatakan jeniis najis dan cara menyucikan berserta dalil.
     Menyucikan najis tidak memerlukan niat yang khas. Oleh sebab itu, najis boleh terangkat atau hilang walau tidak dilakukan oleh manusia, contohnya jika dibersihkan oleh air hujan yang turun , oleh laluan air deras dan sebagainya.

Sunday, 25 November 2012

Dalil tentang kotoran haiwan yang dagingnya tidak boleh dimakan


Kotoran hewan yang dagingnya tidak boleh dimakan
Diriwayatkan dari Abdullah ra, ia berkata ; 
“ Nabi saw hendak membuang air besar, lalu beliau berkata, bawakan untukku tiga ketul batu !’ kemudian aku hanya menemukan dua ketul batu dan satu kotoran keledai. Beliau mengambil dua batu dan melemparkan kotoran itu. Beliau berkata, (kotoran) itu najis. 
Hadis ini menunjukkan bahawa kotoran haiwan yang dagingnya tidak boleh dimakan adalah najis.
Adapun haiwan yang dagingnya boleh dimakan, jika kebanyakan dari makanannya bukan sesuatu yang najis, maka air kencingnya, kotorannya, air liurnya, susunya, dan yang lainnya pada dasarnya suci.

Wednesday, 14 November 2012

Selamat menyambut Awal Muharram. Dari saya

Peristiwa Penting

1 Muharram

  • Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharram

  • 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit

Wednesday, 7 November 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


RANCANGAN PENGAJARAN

Tarikh: 29-10-2012

Hari: Isnin

Bil. Pelajar 17 orang(10 lelaki, 7 perempuan )

Kelas;4 sarjana
Mata Pelajaran: Pendidikan Islam(Bahagian Ibadah)

Masa;11.05-11.35 pagi( 35 minit)

Tajuk; Najis dan bahagiannya.

Objektif: Aras1-Mengetahui pengertian najis.
              Aras 2-Mengetahui pengertian 3 jenis najis.
              Aras 3-menyenaraikan contoh dan hukum.

Pengetahuan sedia ada; Murid sudah mengetahui benda najis dan boleh menyenaraikan beberapa jenis najis.
                                    -Anjing adalah binatang yang haram di sisi Agama Islam.

Konsep: Mengetahui.3 bahagian najis, dari segi taarif, contoh dan hukum


Bahan;1-Buku teks
           2-Gambar
           3-lembaran kerja
           4-Papan tulis
           5-Kad gambar yang berkaitan
          

Nilai:1-Kebersihan dititik beratkan dari sudut tubuh badan, pakaian dan tempat
         2-Melaksanakan perintah dan  ajaran  Islam
         3- Bekerjasama dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
         4-bersyukur dengan kebesaran Allah.
Kemahiran;1-Kognitif
                      Membaca, mengklasifikasikan, menjawab soalan lisan
                 

Langkah/masa
Isi pelajaran
                           Aktiviti pengajaran pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
5 minit
*Memberi salam
*Bacaan doa
1-Guru meminta 2 orang murid mencantumkan sekeping gambar.
2-Murid menampal gambar tersebut di papan tulis
3-Murid berjaya mencantum gambar dan menayangkan  gambar seekor anjing
4-Guru mengaitkan gambar anjing dengan tajuk pelajaran hari ini.
1-Murid menjawab salam guru
2-Murid membaca doa
3-Murid melihat gambar anjing
4-Memberi perhatian dan bersoal jawab tentang anjing .
-gambar anjing
Langkah 1
5 minit
Aras 1
*Pengertian najis
*Perbezaan dengan benda kotor

1.Guru menerangkan pengertian benda kotor dan perbezaan dengan najis.
1-Murid mendengar penerangan guru
2-Memberi perhatian dan bersoal jawab tentang benda najis.
-Carta
Langkah 2
10 minit
Aras 2

*3 Pecahan najis
1-najis muqofafah
2-najis mutawasitah
3-najis muqolqazah


1-Guru menayangkan memaparkan carta  pengertian 3 bahagian najis beserta makna.
2-guru membuat penerangan sambil bersoal jawab.


1-Murid memberi perhatian
2-Bertalaqqi dan musyafahah



-Kad-kad perkataan jenis najis
Langkah 3
10 minit
Aras 3
*Pengertian najis beserta contoh
-Najis Muqofafah(ringan)   iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang berusia 2tahun kebawah hanya meminum air susu ibunya sahaja.
-Najis Mutawasitah ialah
(sedarhana)iaitu tahi,air  kencing.
-Najis Muqolazah(berat)iaitu anjing dan babi dan
keturunan keduanya.

1-Guru membuat penerangan melalui manila kad. Taarif ketiga-tiga jenis najis satu persatu  berserta contoh
2-Guru menyenaraikan contoh satu persatu.
3-Guru membuat pengulangan 
4-Guru memastikan murid memahami.








1-Murid memberi penumpuan pada pengajaran guru.
2-Murid membaca Secara talaqqi dan musyafahah pengertian 3 jenis najis.
3-Murid menjawab soalan yang diajukan
4-Murid boleh memberi beberapa contoh najis berdasarkan pengetahuan .

-carta kad manila
-contoh gambar
Penutup
5 minit
*Aktiviti kelas
*Kesimpulan dari tajuk
*Hukum dalam ibadah
1-Guru membuat aktiviti kelas semua murid terlibat, menampalkan kad perkataan iaitu cara mengklasifikasikan di papan tulis
-Guru hanya membuat kesimpulan dengan memberi soalan –soalan  mudah mengenai perkara tersebut dan kaitannya dengan hukum.
-Guru meminta murid membuat catatan di dalam buku catatan  pendidikan Islam
-Guru juga memberi lembaran kerja rumah dan meminta murid menyiapkannya

-Murid melaksanakan aktiviti tersebut
-Murid menjawab soalan yang diajukan kepada

_murid melaksanakan arahan guru



-Kad perkataan

-lembaran kerja

-Buku catatan


REFLEKSI
1-Penerangan dan penyampaian guru berkesan kerana guru menggunakan said power point
2-Murid mudah memahami dengan penggunaan bahan/alatan  yang digunakan oleh guru dalam pengajaran. timbul keseronokan murid dalam pengajaran dengan bantuan gambar-gambar yang menarik.
3-Murid melaksanakan perbincangan berkumpulan dan menyenaraikan mengikut arahan guru
4-Murid boleh mengaplikasikan  dalam kehidupan seharian berpandukan cara murid menjawab soalan-soalan lisan.

Kelemahan
1-Ada murid yang tidak memainkan peranan di dalam kumpulan, murid yang aktif sahaja yang memonopoli.

Cara mengatasi

1-Guru hendaklah memberi tumpuan yang lebih terutama kepada murid yang lemah
2-Penerangan dan kaedah pengulangan hendaklah sentiasa dijalankan, agar murid yang agak lemah boleh mengikuti dengan  baik.