Bangkai haram dimakan. Bukan sahaja biatang yang mati tanpa disembelih dihukumkan (disebut) bangkai, tetapi binatang yang di sembelih dengan tidak menyebut nama Allah juga hukumnya sama seperti bangkai. Misalnya sembelihan orang bukan Islam dan sembelihan yang dilakukan bukan kerana Allah .Sembelihan seperti itu tidak boleh dimakan.
Walaupun bangkai haram dimakan, kulitnya boleh diambil untuk kegunaan tertentu.Caranya ialah dengan menyamak kulit bangkai berkenaan terlebih dahulu. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW apabila baginda melihat beberapa orang sahabat sedang mengheret bangkai haiwan untuk ditanam.
Baginda SAW bersabda:
"Alangkah baiknya kalau kamu ambil (gunakan) kulitnya."para sahabat menjawab:"sesungguhnya
ini bangkai wahai Rasul.''Lantas baginda menjelaskan ."Ia (kulit bangkai tersebut) boleh disucikan dengan air dan daun salam.''Ia juga sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah SAW, ''Apabila kulit bangkai dimasak maka sucilah ia.''
Cara menyamak kulit binatang ialah dengan menghilangkan segala lendir yang melekat pada kulit .Lendiryang melekat pada kulit binatang tersebut boleh dihilangkan dengan menggunakan benda-benda yang kesat seperti daun-daun yang kesat, kertas pasir, kulit buah delima dan seumpamanya. Kulit bangkai yang telah dimasak boleh dijadikan hamparan ,bekas air,perhiasan dinding dan sebagainya.
Monday, 26 November 2012
Hukum Menghilangkan Najis.
Hukum menghilangkan najis adalah wajib, terutamanya sebelum melakukan ibadah tertentu. cara-caranya bervariasi, bergantung pada jenis najis juga telah dijelaskan melalui ayat-ayat ai-Quran atau hadis-hadis sahih Rasulullah s.a.w.
Secara umumnya,cara menyucikan najis ialah dengan menghilangkan bau rasa dan warna sesuatu najis itu. Berikut dinyatakan jeniis najis dan cara menyucikan berserta dalil.
Menyucikan najis tidak memerlukan niat yang khas. Oleh sebab itu, najis boleh terangkat atau hilang walau tidak dilakukan oleh manusia, contohnya jika dibersihkan oleh air hujan yang turun , oleh laluan air deras dan sebagainya.
Sunday, 25 November 2012
Dalil tentang kotoran haiwan yang dagingnya tidak boleh dimakan
Kotoran hewan yang dagingnya tidak boleh dimakan
Diriwayatkan dari Abdullah ra, ia berkata ;
“ Nabi saw hendak membuang air besar, lalu beliau berkata, bawakan untukku tiga ketul batu !’ kemudian aku hanya menemukan dua ketul batu dan satu kotoran keledai. Beliau mengambil dua batu dan melemparkan kotoran itu. Beliau berkata, (kotoran) itu najis.
Hadis ini menunjukkan bahawa kotoran haiwan yang dagingnya tidak boleh dimakan adalah najis.
Adapun haiwan yang dagingnya boleh dimakan, jika kebanyakan dari makanannya bukan sesuatu yang najis, maka air kencingnya, kotorannya, air liurnya, susunya, dan yang lainnya pada dasarnya suci.
Thursday, 15 November 2012
Wednesday, 14 November 2012
Selamat menyambut Awal Muharram. Dari saya
Peristiwa Penting
1 Muharram
- Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
10 Muharram
- 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
- Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
- Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
- Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan alam.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Isa diangkat ke langit
Sunday, 11 November 2012
Wednesday, 7 November 2012
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
RANCANGAN PENGAJARAN
Tarikh:
29-10-2012
Hari:
Isnin
Bil.
Pelajar 17 orang(10 lelaki, 7 perempuan )
Kelas;4
sarjana
Mata
Pelajaran: Pendidikan Islam(Bahagian Ibadah)
Masa;11.05-11.35
pagi( 35 minit)
Tajuk;
Najis dan bahagiannya.
Objektif:
Aras1-Mengetahui pengertian najis.
Aras 2-Mengetahui pengertian 3
jenis najis.
Aras 3-menyenaraikan contoh dan
hukum.
Pengetahuan
sedia ada; Murid sudah mengetahui benda najis dan boleh menyenaraikan beberapa
jenis najis.
-Anjing adalah
binatang yang haram di sisi Agama Islam.
Konsep:
Mengetahui.3 bahagian najis, dari segi taarif, contoh dan hukum
Bahan;1-Buku
teks
2-Gambar
3-lembaran kerja
4-Papan tulis
5-Kad gambar yang berkaitan
Nilai:1-Kebersihan
dititik beratkan dari sudut tubuh badan, pakaian dan tempat
2-Melaksanakan perintah dan ajaran
Islam
3- Bekerjasama dalam menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran.
4-bersyukur dengan kebesaran Allah.
Kemahiran;1-Kognitif
Membaca, mengklasifikasikan,
menjawab soalan lisan
Langkah/masa
|
Isi
pelajaran
|
Aktiviti
pengajaran pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti
Guru
|
Aktiviti
Murid
|
|||
Set
Induksi
5
minit
|
*Memberi
salam
*Bacaan
doa
|
1-Guru
meminta 2 orang murid mencantumkan sekeping gambar.
2-Murid
menampal gambar tersebut di papan tulis
3-Murid
berjaya mencantum gambar dan menayangkan gambar seekor anjing
4-Guru
mengaitkan gambar anjing dengan tajuk pelajaran hari ini.
|
1-Murid
menjawab salam guru
2-Murid
membaca doa
3-Murid
melihat gambar anjing
4-Memberi
perhatian dan bersoal jawab tentang anjing .
|
-gambar
anjing
|
Langkah 1
5 minit
|
Aras 1
*Pengertian najis
*Perbezaan dengan
benda kotor
|
1.Guru menerangkan
pengertian benda kotor dan perbezaan dengan najis.
|
1-Murid mendengar
penerangan guru
2-Memberi perhatian
dan bersoal jawab tentang benda najis.
|
-Carta
|
Langkah
2
10
minit
|
Aras
2
*3
Pecahan najis
1-najis
muqofafah
2-najis
mutawasitah
3-najis
muqolqazah
|
1-Guru
menayangkan memaparkan carta pengertian 3 bahagian najis beserta makna.
2-guru
membuat penerangan sambil bersoal jawab.
|
1-Murid
memberi perhatian
2-Bertalaqqi
dan musyafahah
|
-Kad-kad
perkataan jenis najis
|
Langkah
3
10
minit
|
Aras
3
*Pengertian
najis beserta contoh
-Najis
Muqofafah(ringan) iaitu air kencing
kanak-kanak lelaki yang berusia 2tahun kebawah hanya meminum air susu ibunya
sahaja.
-Najis
Mutawasitah ialah
(sedarhana)iaitu
tahi,air kencing.
-Najis
Muqolazah(berat)iaitu anjing dan babi dan
keturunan
keduanya.
|
1-Guru
membuat penerangan melalui manila kad. Taarif ketiga-tiga jenis najis satu
persatu berserta contoh
2-Guru
menyenaraikan contoh satu persatu.
3-Guru
membuat pengulangan
4-Guru
memastikan murid memahami.
|
1-Murid
memberi penumpuan pada pengajaran guru.
2-Murid
membaca Secara talaqqi dan musyafahah pengertian 3 jenis najis.
3-Murid
menjawab soalan yang diajukan
4-Murid
boleh memberi beberapa contoh najis berdasarkan pengetahuan .
|
-carta
kad manila
-contoh
gambar
|
Penutup
5
minit
|
*Aktiviti
kelas
*Kesimpulan
dari tajuk
*Hukum
dalam ibadah
|
1-Guru
membuat aktiviti kelas semua murid terlibat, menampalkan kad perkataan iaitu
cara mengklasifikasikan di papan tulis
-Guru
hanya membuat kesimpulan dengan memberi soalan –soalan mudah mengenai perkara tersebut dan
kaitannya dengan hukum.
-Guru
meminta murid membuat catatan di dalam buku catatan pendidikan Islam
-Guru
juga memberi lembaran kerja rumah dan meminta murid menyiapkannya
|
-Murid
melaksanakan aktiviti tersebut
-Murid
menjawab soalan yang diajukan kepada
_murid
melaksanakan arahan guru
|
-Kad
perkataan
-lembaran
kerja
-Buku
catatan
|
REFLEKSI
1-Penerangan
dan penyampaian guru berkesan kerana guru menggunakan said power point
2-Murid
mudah memahami dengan penggunaan bahan/alatan
yang digunakan oleh guru dalam pengajaran. timbul keseronokan murid
dalam pengajaran dengan bantuan gambar-gambar yang menarik.
3-Murid
melaksanakan perbincangan berkumpulan dan menyenaraikan mengikut arahan guru
4-Murid
boleh mengaplikasikan dalam kehidupan
seharian berpandukan cara murid menjawab soalan-soalan lisan.
Kelemahan
1-Ada
murid yang tidak memainkan peranan di dalam kumpulan, murid yang aktif sahaja
yang memonopoli.
Cara mengatasi
1-Guru
hendaklah memberi tumpuan yang lebih terutama kepada murid yang lemah
2-Penerangan
dan kaedah pengulangan hendaklah sentiasa dijalankan, agar murid yang agak
lemah boleh mengikuti dengan baik.
Tuesday, 30 October 2012
Kewajipan Menyampaikan Ilmu
Daripada
Abdullah bin ‘Amr r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ‘ayat’ dan ceritakanlah mengenai
Bani Israil. Tiada sebarang kesempitan dan dosa.
( Riwayat al-Bukhari )
Keterangan:- ‘ayat’ bermaksud memberi nasihat atau pedoman yang membezakan perkara baik dan buruk
-Nabi
s.a.w. telah menegah daripada menceritakan tentang bani Israil ketika
hukum hakam Islam dan tapak agama belum kukuh, kerana dikhuatiri fitnah.
Apabila tiada lagi perkara yg perlu dikhuatirkan maka diizinkanagar
boleh diambil iktibar.
( Fath al-Bari)
Wednesday, 17 October 2012
Hadis
Dari Ibnu Abbas ra bahwa seorang wanita dari Juhainnah datang kepada Nabi SAW dan bertanya:” Sesungguhnya ibuku nadzar untuk hajji, namun belum terlaksana sampai ia meninggal, apakah saya harus melakukah haji untuknya ?” Rasulullah SAW menjawab:”Ya, bagaimana pendapatmu kalau ibumu mempunyai hutang, apakah kamu membayarnya ?. Bayarlah hutang Allah, karena hutang Allah lebih berhak untuk dibayar”. (HR Bukhari)
Subscribe to:
Posts (Atom)