Monday, 26 November 2012

Manfaat Kulit Bangkai.

    Bangkai haram dimakan. Bukan sahaja biatang yang mati tanpa disembelih dihukumkan (disebut) bangkai, tetapi binatang yang di sembelih dengan tidak menyebut nama Allah juga hukumnya sama seperti bangkai. Misalnya sembelihan orang bukan Islam dan sembelihan yang dilakukan bukan kerana Allah .Sembelihan seperti itu tidak boleh dimakan.

    Walaupun bangkai haram dimakan, kulitnya boleh diambil untuk kegunaan tertentu.Caranya ialah dengan menyamak kulit bangkai berkenaan terlebih dahulu. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW apabila baginda melihat beberapa orang sahabat sedang mengheret bangkai  haiwan untuk ditanam.

    Baginda SAW bersabda:
 "Alangkah baiknya kalau kamu ambil (gunakan) kulitnya."para sahabat menjawab:"sesungguhnya
 ini bangkai wahai Rasul.''Lantas baginda menjelaskan ."Ia (kulit bangkai tersebut) boleh disucikan dengan air dan daun salam.''Ia juga sebagaimana dinyatakan oleh  Rasulullah SAW, ''Apabila kulit bangkai dimasak maka sucilah ia.''

    Cara menyamak kulit binatang ialah dengan menghilangkan segala lendir yang melekat pada kulit .Lendiryang melekat pada kulit binatang tersebut boleh dihilangkan dengan menggunakan benda-benda yang kesat seperti daun-daun yang kesat, kertas pasir, kulit buah delima dan seumpamanya. Kulit bangkai yang telah dimasak boleh dijadikan hamparan ,bekas air,perhiasan dinding dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment